Sahabat Tanpa Suara

Pahit Kan Manis Jua Akhirnya

Thursday, January 13, 2011

Amaran Penulis: Ini merupakan kisah sedih... Sila sediakan tisu yang secukupnya sebelum membaca... Peace...


Hari ini aku sempat berborak dengan seorang rakan guru. Aku kurang rapat dengannya tapi masih berkawanlah. Sekarang aku nampak badannya agak berisi berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas memang ketara badannya kurus mengeding dan mukanya kelihatan cengkung. Macam berpenyakit je aku tengok. Tahun ini dia kembali kelihatan ceria sokmo. Rupa-rupanya isterinya yang juga seorang guru telah dapat bertukar ke sini dan kini mereka tinggal bersama. Mereka berkahwin 2 tahun lepas dan baru tahun ini merasa duduk bersama. Maknanya baru setahunlah tak duduk bersama. Ha ini pulak kisah aku. 3 tahun tak duduk bersama bang. Lagi sedih woo...

Aku diijabkabulkan pada Jun tahun 2006 ketika bertugas di Cameron Highlands. Selang sebulan, aku dapat menyewa sebuah appartment 3 bilik. Terus aku bawa isteri ku tinggal bersama. Masa tu dia baru graduate dan masih tidak mempunyai pekerjaan. Selama 3 bulan isteriku bergelar suri rumah berijazah dan dia mula merungut kerana bosan tinggal di rumah sorang-sorang. Melalui seorang kenalan aku dapatkan dia pekerjaan sebagai seorang guru tadika berhampiran dengan sekolah tempat aku mengajar. Gajinya memang tak seberapa tetapi aku tengok dia gembira dengan tugasnya. Bahagia sungguh aku rasa ketika itu. Kemuncak kebahagiaan kami adalah pada Mac tahun berikutnya apabila isteri aku disahkan mengandung. Seperti dunia ini ana yang empunya...

Pada suatu hari dia mendapat panggilan telefon dari kampung mengatakan dia ditawarkan bekerja di Perpustakaan Daerah Bentong sebagai Penyelia IT. Dengan berat hati aku melepaskannya pergi. Bayangkanlah baru nak mengecapi nikmat berumahtangga. Tapi aku redha, rezekinya di sana. Tidak malu aku akui, selama 2- 3 malam aku menitiskan air mata jantan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpindah. Tinggal di kuartes bersama guru-guru bujang.

Sejak itu rutin mingguan aku berubah. Setiap Jumaat aku akan travel sejauh lebih 200km dan hampir 4 jam dari Cameron ke Bentong. Petang Ahad 200km dan 3 jam lebih lagi. Begitulah jadualnnya sehinggalah pada sesi persekolahan 2009, aku ditukarkan ke daerah Raub. Walaupun perlu traveling juga selama 30-40 minit setiap hari, tapi aku tak kisah kerana dapat tinggal bersama isteri dan anakku. Namun ianya tak lama kerana sekali lagi isteri aku perlu meninggalkan aku. Kali ini dia mendapat tempat di Maktab Perguruan Kuala Terengganu mengikuti KPLI. Walaupun terpaksa berpisah setahun lagi tetapi kali ini jaminan untuknya mendapat pekerjaan yang berdasarkan kelayakkannya. Aku bersyukur juga tetapi dalam hati, hiba mengiringi pemergiannya ke Kuala Terengganu.

Kini langit kembali cerah. Sejak tahun lepas kami kembali tinggal bersama kerana isteri telah bergelar guru dan dipostingkan ke daerah Bentong. Good for her. Kegembiraan berganda apabila isteri disahkan mengandung anak kedua pada tahun yang sama. Maka kini kami sudah berempat. I'm back at the top of the world. Kan betul pahit kan manis jua akhirnya...


P/S: Dalam masa yang sama masih ramai guru-guru tinggal berjauhan dari anak isteri, ataupun anak dan suami, semuanya sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan 'Saya Yang Menurut Perintah'. Harap pihak yang berkenaan dapat menangani permasalahan ini dengan lebih baik.

30 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n January 13, 2011 at 5:37 PM  

sgt sonok bc ceta en sham....saat gumbira sy & suami blm dikecapi..iaitu utk memiliki zuriat..tp km redha mgkin blm smpi masanya kan.....

ceta en sham jd pedoman...yg penting stiasa bdoa pd Dia...wpn pahit..akan manis jua akhirnya..

Fadzli Amir January 13, 2011 at 5:42 PM  

begitulah...berbekalkan sedikit ketabahan, kesabaran & keberanian...pahit akan manis akhirnya...

Sham January 13, 2011 at 5:45 PM  

zura@iwan:doakan yang terbaik untuk kalian berdua...Insyallah rezeki tu kdg2 datang tanpa diduga...

Sham January 13, 2011 at 5:46 PM  

betul tu fadzli...cuma masa pahit tu perlu banyak bersabarlah...

whitecappuccino January 13, 2011 at 5:50 PM  

Salam cikgu Sham..tahniah ya, berkat kesabaran mengharungi cabaran demi memenuhi tanggungjawab..selamat berbahagia .

suria lekatlekit January 13, 2011 at 6:07 PM  

demi tanggungjawab.. Guru yg ikhlas mendidik akan rela bekorban.. tahniah yer cikgu

KakD January 13, 2011 at 6:54 PM  

saye faham ape yang sham alami, sebab saye pun penah suatu ketika dulu duduk berjauhan dengan suami, memang perit, seksa segalanyer,

hehehe mudahan sham sekeluarga bahagie selamenyer :))

setiap kesabaran pasti di balas kan :))

Sham January 13, 2011 at 8:33 PM  

thanks WC...doakan awak bahagia juga...

Sham January 13, 2011 at 8:45 PM  

betul tu lekat lekit...demi tanggungjawab...

Sham January 13, 2011 at 8:45 PM  

nak buat camana miecyber...'saya yang menurut perintah'...

Sham January 13, 2011 at 8:46 PM  

mappiau, betul...hanya yang merasa dapat memahami...terimas...

ijatnuar87 January 13, 2011 at 9:01 PM  

heheheh..patut la senyum jek memanjang ek,heheheh...
nasib baik la ambe lom kawin lagi,jadi tak kisah la posting mane2,ehehhe...

Sham January 13, 2011 at 9:32 PM  

ijat,sok2 cari couple dengan cikgu 1 sekolah je...senang idup...

NzA January 13, 2011 at 9:44 PM  

duka brganti suka..
rakan setugas sy pegawai ICT lagi sedih, isterinya nun jauh di srw n dia di Johor....

Sham January 13, 2011 at 9:47 PM  

shah,(dengan riaknya):aku tahu...mu orang keberapa juta dah cakap camtu...jgn marah haa...

Sham January 13, 2011 at 9:49 PM  

kesian kat orang2 camtu kan kak nza...tapi nak buat camana, dah tugasan dan tanggungjawab...insyallah pahit kan manis akhirnya utk mereka...

mak encik | SZ January 13, 2011 at 10:01 PM  

memang sedih...uhukss
saya sempat juga merasa berjauhan PJJ (perkahwinan jarak jauh) lebih kurang 5 bulan bersamaan sedang mengandungkan anak sulong ... suami di pasir gudang, saya di shah alam ... setiap hujung minggu suami smpi dr jb lbh kurg 4-5pagi ...g la mak buyong menjemput di bus stand tgh2 pagi...pastu blk ke jb bas terakhir dlm kol 12tghmalam-1pagi ... alhamdulillah manis juga la akhirnya bila suami dapat keje di sini, salah seorang kena berkorban kan ...

Sham January 13, 2011 at 10:16 PM  

betul sz...tapi makin jauh buat makin rindu,makin rindu yang buat makin sayang kan...

Unknown January 13, 2011 at 10:40 PM  

salam ziarah

alhamdullilah,,
mula2 rasa sedih baca diawal kisah ini...semakin lama semakin gembira...syukur..sham (boleh saya tiak sham, dan sham boleh tiak saya ayu)

dah berempat....kembali dibawah satu bumbung...

semoga aksih sayang erat di bawah lembayung...amin

atuk January 13, 2011 at 11:09 PM  

Assalamualaikum Sham

Alhamdulillah
moga tidak berjauhan lagi

Wassalam

Afzainizam January 14, 2011 at 12:19 AM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”

pahit itu penawar pahit itu gak aderrr manisnye betul tu....

Unknown January 14, 2011 at 12:27 AM  

salam, semoga happy ever after...

Cik SHiNJU January 14, 2011 at 1:51 AM  

Sob..sob...
ah sudoh...tisu x cukup pulok..huhuh
Semoga x berjauhan dah yek.. :D

Nur January 14, 2011 at 1:05 PM  

Seronok baca entri cikgu Sham. Camtu tu hikmah dan nikmat orang bersabar. Ada anak sedara nurse, kerja di Penang, husband di Kelantan. Tiap-tiap kali off, balik. 8 jam tu.

sud@is January 14, 2011 at 3:03 PM  

Salam
Syukur en Sham kalau dibidang perguruan, dikira cepat untuk berpindah, tapi bahagian teknikal kena ada kosong atau kabel...
kalau tidak berulang lah sampai bertahun...

kalau officer kena pindah...
akan di'create' post untuk isteri...

Unknown January 14, 2011 at 7:01 PM  

akhirnye pahit menjadi manis yer...best2...entry yg menarik la bro...tp x perlu pun guna tisu...hehe

apdm January 15, 2011 at 2:52 AM  

salam



pernah juga berjauhan, berjauhan dengan ibu selama lebih 13 tahun....

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP