Kembali Riuh... Shell @ Petronas
Saturday, January 8, 2011
Hari ini seperti hujung minggu sebelum-sebelum ini, aku bersama isteri dan anak-anak balik ke kampung. Wah macam jauh je bunyi kan. Padahal ambil masa 15 minit je. Itu pun masa banyak habis sebab perlu melalui bandar. Kalau ikutkan jarak aku agak dalam 7 atau 8 kilometer sahaja. Sesampai di rumah mak aku mengajak membeli barang di kedai. Sempatlah aku bawa orang tua tu pusing-pusing bandar kejap. Balik ke rumah aku tengok Kak Long aku dah sampai bersama 2 orang anaknya. Dia anak beranak dari Karak. Lebih kurang 20 km dari Bentong.
Suka sangat Shahmin bila nampak anak-anak Kak Long. Dari dalam kereta dah menjerit-jerit nak turun. Macam dah 10 tahun tak jumpa. Padahal baru je seminggu berpisah. kak Long aku bawa gorpis (goreng pisang). Apa lagi mak aku tanak air, buat kopi. Pergh memang syok layan kopi o panas dengan gorpis suam-suam di petang hari. Aku tengok mak aku yang agak monyok masa aku mula-mula sampai tadi kembali segar. Bukan main rancak dia berbual. Aku dapat nampak betapa dia gembira menyambut kedatangan anak-anaknya. Yang budak-budak bertiga tadi memang tak berhenti-henti bermain. Shahmin memang nampak ketara gembira, al-maklumlah dah seminggu main sorang-sorang hari ini baru dapat kawan. Ini kurang lagi anak Kak Ngah 2 orang dengan anak Adik aku sorang. Tapi keriuhannya tetap terasa...
***********************************************************************************
Kak Long aku kata harga petrol naik. Memanglah aku kata, dah beberapa hari pun harga petrol ron 97 dinaikkan. Itu tak pelik sebab memang kerajaan tidak mengawal harga petrol ron 97 dan ianya mengikut harga pasaran dunia. Tapi menurut Kak Long dia mengisi ron 95 dan memang ron 95 telah naik 10 sen lagi. Itu aku tak pastilah pulak. Baru je aku isi minyak kereta pagi tadi tapi aku tak tengok pun harganya... Takpe sok pagi-pagi sesudah subuh aku akan ke stesyen petrol terdekat untuk membuat siasatan. Aku rasa samada Kak Long aku tersilap pandang atau stesyen petrol terbabit yang tersilap letak harga. Sebabnya kenaikan harga petrol sekarang ni dah jadi perkara sensitif. Maknanya kalau ada sebarang kenaikan pastinya semua orang akan membicarakannya.
Namun aku tak nak berbicara tentang harga petrol, walau pun banyak isu yang kita boleh sembang tentang harga petrol ini. Aku cuma nak ajak korang bercerita tentang pemilihan jenama petrol. Sejak aku menggunakan Waja pada 2006, aku merupakan pengguna setia Petronas. Banyak yang aku suka tentang Petronas. Sebab utamanya sudah semestinya kerana ianya buatan Malaysia kan. Sedikit sebanyak ada jugalah aku menyumbang kepada keuntangan Petronas yang berbilion-bilion setahun itu. Satu lagi yang aku suka dengan Petronas adalah kemudahan di stesyen-stesyennya. Terutama kemudahan surau. Setakat yang aku pergi, boleh kata semua stesyen minyak Petronas menyediakan surau. Surau asing antara lelaki dan perempuan, dan lebih bagus surau-surau tersebut berjaga. Itu antara sebab aku suka ke singgah di stesyen-stesyen Petronas jika aku berjalan jauh. Satu lagi sebab, kad kredit CIMB + Petronas. Dapatlah rebet 2.5% sebulan...
Namun sejak tahun lepas aku telah membeli sebuah kereta lagi. Kereta murah je, Toyota SE tahun 90 sebagai second car. Aku gunanya untuk ulang-alik ke tempat kerja kerana isteri menggunakan Waja. Untuk Toyota SE ini aku mengisi petrol di Shell. Pada mulanya saja nak cuba, nak tengok setakat mana betulnya slogan dia: LEBIH KILOMETER tu kan. Hasilnya mengikut pengamatan aku, memang ada perbezaan. Ternyata Shell memang memberi lebih kilometer berbanding Petronas.
Jadi sekarang aku tertanya-tanya, patutkah aku terus menggunakan Petronas atau bertukar ke Shell untuk kedua-dua kereta. Kalau aku tidak mengisi Petronas lagi, adakah aku bersikap tidak patriotik? Elokkah sikap tersebut yang 'melebihkan' produk luar berbanding produk tempatan? Lalu aku fikir, ah Petronas takkan lingkup jika kehilangan seorang pelanggan dan Sheel takan untung berlipat kali ganda dengan pertambahan seorang aku sebagai pelanggannya kan... Adalah lebih baik jika aku 'melebihkan' kedudukan poket aku dulu...
18 comments:
bila naik harga, kata ikut pasaran dunia la.. tapi baru ni pasaran dunia turun, tak pula harga minyak turun, yekk..
IM - mau tak mau isi juga ron97 shell sebab kereta IM akan semput kalau isi ron95.
tula masalahnya IM...nasiblah keta saya keta lama je...isi 92 pun boleh...cuma dah tak dijual...
assalamualaikum sham
balik kampung,walaupun dekat
adalah rutin kemestian suami dan saya,maklumlah hati orang tua,perlu sentiasa dijaga.
bila harga minyak naik,sebenarnya bukan setakat pengguna pening kepala tetapi peniaga juga sebenarnya terutama peniaga runcit kecil2lan ...
Delima....
Pilihan di tangan anda...
Siput mengeluarkan cahaya
w'salam ummu:begitu jugalah kami suami isteri...
Miecyber:moga dapat membuat pilihan yang tepat...
Salam kenal.
tq sudi singgah. Aka memang pengguna Pertonas. Tak kira lah apa orang kata. tetap gunanya.. Cuma bila terdesak, akak akan guna Shell.
salam kenal...susah mau cakap kisah harga minyak ni...naik ke turun ke...kena isi jugak ! bila harga minyak naik..tak ade la nak merapu sana sini...kena bajet perjalanan !
pilihan pertama kami Petronas - minyak M'sia...& anak belajar ditaja oleh Petronas...! beri sokongan le
susah nk komen.negara pengeluar minyak ttp myk ttp naik n naik......nk xnk mmg kena isi gak la..kalu tidak xbrgerak la kete tu.....nasib baik rumah mak sham dekat..kalu mcm sy johor-klantan..trpaksa isi penuh 2 tangki br smpai......
nak balik jugak...huwaa...
pasal minyak tu think of yr pocket 1st....petronas kaya pon bukan bagi kita sket RM ke!!!....
yan:oh 1st choice akak petronas la ye...
sonata:tak salah pun nak sokong petronas...untuk kemakmuran negara kita gak...
nza:pelik juga kan pengeluar minyak tapi tak dapat nak kontrol harga sepenuhnya...
ngah:betul3x...wei glamerla anak buah aku ye masuk youtube tu...
gorpis....ehehee..pertama kali baca...
shell @ petronas ye...ermmm, campur2 je la (habislah kena kutuk lady driver plak kang ;p)
Gile orang pahang
GORPIS tu..hehe
sz:shell + petronas = shellpet...hee
shah:tau takpe...hua hua
Post a Comment