Dah Pandai Mengepat... Dapat Gelang Emas
Tuesday, January 25, 2011
Beberapa hari lepas genap usia Iffahani 3 bulan. Seperti biasa aku membawanya untuk pemeriksaan bulanan di Klinik Bayi Kerajaan. Timbang berat adalah 5 kg, ngam-ngam... Patutlah aku mendukungnya sekarang ni terasa se'eh. Kalau tak dapat nak bayangkan, cuba korang bayangkan memikul guni beras yang 5 kg tu... Ha macam tulah rasanya. Hari tersebut juga Iffa kena 1 das injection, dinamakan injection 3 serangkai. Untuk apa? Honestly aku pun tak tau... Kui kui, apa punya bapa daa... Tapi Alhamdulillah Iffa tak demam, kuat juga anak gadis aku ni. Menangis pun tak lama, masa kena cucuk je uuwwaaa sekejap. Keluar dari bilik cucuk terus senyap...
Sekarang ni aku perasan satu tabiat dia yang baru, mengepat jari. Hush kalau dapat, sampai berlecap-lecap bunyinya. Habis merah-merah ibu jarinya. Kalau ditarik memang dia akan marah, kecuali digantikan dengan yang lebih besh... Apa lagi, nenen mamanya la...
Satu lagi yang buat aku agak teruja adalah Iffa kini dah pandai diagah. Kalau kita agah dia, mula-mula dia tersenyum meleret je. Lama-lama baru bersuara, uu aa uu aa. Tapi kalau kita stop agah dia, dia macam marah pulak, mula bising macam membebel. Kata mak aku tak lama lagi pandailah dia ketawa mengekek-ngekek...
***********************************************************************************
Ahad baru ini aku ke KL, Jalan Masjid India. Tujuan nak cari accessory untuk majlis kesyukuran Iffahani. Ops lupa nak bagitau, hujung minggu ini aku dan my sis JV untuk mengadakan Majlis Kesyukuran Dan Aqeqah untuk anak-anak kami. 2 ekor kambing bakal tumbang. Jemputan dianggarkan 2000 orang... Ish takdelah ;P, kami buat kecil-kecilan untuk sanak saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja (tapi kambing 2 ekor tu tetap tumbang Sabtu ni...). Sampai di hadapan sebuah kedai emas, aku terdengar india emas tu menjerit:
" Emas 916, 131 satu gram... mari mari mari..."
Eh menarik jugak ni, setau aku harga pasaran emas sekarang ni paling tidak pun RM155 atau lebih segram. Kebetulan duit Iffahani hasil 'sumbangan' saudara mara dan kengkawan memang ada, jadi aku dan orang rumah pun decide untuk membelikan gelang pada budak ini. Budget taklah besar, bawah 500 je. Setelah bertikam lidah (hampir-hampir bertikam keris...) tawar menawar, dapatlah kami harga yang dipersetujui bersama. Cukup-cukup duit yang kami budgetkan. Setelah mengenakan gelang itu, aku tengok bertambah menyerlah ke'girl-girl'an anak aku ini... Wee he hee...
P/S: Aku tengok harga emas sekarang makin lama makin naik. kali terakhir aku membeli emas adalah pada ketika aku membeli gelang hantaran untuk isteri aku, pada ketika itu hanya sekitar RM70-80 segram. Kini setelah 5 tahun harganya naik hampir sekali ganda. Memang baik untuk dibuat sebagai pelaburan...
P/S 2: Aku jarang membeli emas, tak pasti aku apa perbezaan antara emas India dengan emas 'standard' hingga harganya berbeza agak jauh. Yang pasti aku tengok ada cop 916 pada emas tersebut, kedai ada mengeluarkan resit sah status 916 serta berat sebenar emas tersebut, bagi aku itu sudah memadai...
26 comments:
comelnya iffahani... permata hati ayah ibu
comel ikut ayahnya tu...hehee
krg minat brg kemas.. so x tau langsung harga emas ni
yeke...?bukan pompuan semua suka emas ke..?;P
canti nama .. iffahani .. ada gaya ayah ekekek
kepat jari ada makna tuu :))
hehee...apa maknanya tu ieda?
salam..
alahai...cutenya
si kecil..ermm harga
emas memang mahal
sekarang..
Comel baby ni!! seronok kan ada baby? :)
comel sekali iffahani tu..nampak bulat jer..
emas sampai bila2 tetap stabil..
kalau beli utk pelaburan jangka masa panjang..berbaloi sgt
comeynye dia..tibe2 mcm teringin nak anak kecik la pulak...
emas mmg mahal sekarang kalau tahu dulu2 beli berkilo2 mase harga murah...hehehe
Assalamualaikum Sham
masa umur ni
memang seronok buat main main
memang bertambah manis bila pakai gelang tuu
aduoiii...kambing..kegemaran ku
ikut sunah nabi
Wassalam
zulkpo:boleh buat pelaburan kan...
WC:seronok...tapi bila dia meragam terus jadi tak seronok..ngeh ngeh...
MH:setuju sangat...
ainnoraini:masalahnya kita tak boleh nak predict masa depan,masa tu mana terfikir pun...
rozali:
w'salam atuk...saya tak brape sangat kambing ni.tp kalau kena cara masak,mungkin boleh...
Bestkan ada baby comel anak sendiri lak tu...
mamawana:best...memang best...tapi bila dia buat hal rasa cam tak brape bestla pulak...huhu
dah ada gelang mas ni bule le melaram
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu
Budak cute ni penenang hati penyejuk jiwa betuiiii...
kalau kat tempat aku isap jari tu sebut nyoyot jari... time aku kecikkk mmg tabiat aku cam tu lahhh....
woiiiii bolehhh melaram sakan pakai emasss ni....
salam
org laki kalau suh dukung baby, satu kg pun seeh..tapi orang puan boleh pulop bowok 9 bulan,.huhu
alahai...cutenyer...tp jgn bagi sgt isap jari tu,nanti jari kecut,hehehe
Salam kenal...
Comelnyer baby.... teringat Najmi dulu. Kecik2 bulat berisi. Dah lasak, susut berat dia.
comelnya
wah
dah 5kg
okay lah tu
hehehe
lepas nih xlarat dah lah nak angkat selalu kan bro?
ekekekek
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
mintak emas seketul dua..hehe
hehehe angkat baby tiap hari leh ada muscle tak bro? :P
mak iffa dpt tak 916 tu? eheheee
suka tgk iffa isap jari...
emas mmg mahai sgt skrg nie..kalu xde rm5K mmg xleh brangan nk pakai gelang......
Post a Comment