Dulu Dan Kini
Friday, January 21, 2011
Seketika tadi aku ke hypermart ter'grand' di Bentong, TF Value Mart membeli keperluan asasi Shahmin dengan adiknya, Iffa. Apa lagi kalau bukan pampers dengan syusyu. Aku pergi bersama Shahmin sahaja. Mama di rumah menjaga Adik.
Semasa membeli ternampak aku akan sepasang suami isteri yang ku kira baru mendirikan rumah tangga. Aku beranggapan begitu kerana inai yang masih 'segar' di jari kedua-duanya dan sudah tentu, kemesraan mereka begitu ketara. Saling berpegangan tangan, senyum tak lekang di bibir. Mereka di zon: pakaian tidur! Hem patutla happy sangat kan... Ngeee.
Segera aku terkenang saat-saat manis ketika baru mendirikan rumah tangga. Serba bahagia masa tu. Kemana-mana berdua. Jika selama ini 'hang out' bersama rakan-rakan, selepas berumahtangga ada teman sejati yang menemani kemana sahaja. Buat apa-apa mesti berdua. Makan berdua, shoping berdua, menonton wayang berdua, tidur berdua, mandi... Ops sudah 18SX la pulak...
Tahun ini masuk tahun ke-5 perkahwinan kami. Anak dah 2. Terasa dah lama la pulak aku tak merasa saat-saat manis seperti dulu. Bukan aku kata sekarang tak bahagia. Not at all! Sekarang sudah tentu lebih bahagia kerana telah memiliki keluarga yang lengkap termasuk sepasang cahaya mata. Cuma 'kemesraan' berpasangan tu dah kureng. Al-maklumlah, kemana-mana sekarang tidak lagi berdua. Paling kurang berempat. Dah tu tak merasa lagilah nak berpegangan tangan. Kalau pegang pun, tangan anak ler. Aku biasa tolak stroller Iffa, Mamanya memegang Shahmin... Sesekali terasa rindu amat aku nak menonton wayang, hobi bersama kami suatu ketika dulu. Rindu juga masa-masa 'bertekak' di depan kaunter tiket; aku nak tengok cerita action, dia nak tengok romance (klise kan..?)...
Sekarang ini jika ke mana-mana seperti ke kedai untuk membeli barang-barang dapur atau keperluan, memang tak tenteram nak membeli, sebabnya sibuk nak perhatikan Shahmin yang sedang kuat melasak. Itu tak kira Iffa yang dalam stroller lagi... Sudahnya berpakat- masa aku membeli, Mama jaga anak. Time Mama membeli, aku pulak take turn. Itulah sebabnya sekarang lebih elok jika aku pergi bersendirian. Paling tak pun aku akan membawa Shahmin sahaja. Bila di rumah pulak memang dah takde masa nak bergurau senda. Mama memang sibuk dengan Iffa je. Yang si Iffa di dia tak boleh tercium bau mama dia. Bila tau je mama ada kat rumah, nak 'bergayut' je keja dia... Ayah pun dah tak merasa bergayut dengan mama... Hem hem... Begitulah hidup kami sekeluarga sekarang ini...
Agaknya ada tak lagi peluang untuk kami bermesra-mesraan seperti dulu...? Mungkin, mungkin suatu hari nanti apabila anak-anak sudah dewasa dan kami kembali hidup 'berdua'...
P/S: Pernah bercerita pada kawan-kawan berkenaan hal ni, jawab mereka:"Ai kata nak 5, ni baru 2 dah pening ke...?"
16 comments:
dulu kentut pun bau harum..wahaha
eh mana tau nie...har har harun salim bachik...
Kite tunggu lepas pencen kerje.Gone ke cerite...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saat manis bila belum dapat... baru dapat laGI MANISSS.... dapat anak-anak terasa manis nikmat hidup...
Alhamdulillah 5 tahun dah perkahwinan kamu yerrrr.... kami doakan kebahagian anda satu family yerrrr
heheeh...taching nyer entri nih..ader unsur2 romantik...hehehe...romantik dengan anak2 pom boleh gak kan,hehehe
urm...bagus la entry nih
ada sedikit terasa di dalam hati
touching
Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?
bersamamu hidup ini indah semuanya....
best plak citer nih..
kami ni baru ag 4thun kwin, anak sorang, tapi dh terasa kerenggangan itu,bukan ler renggang aper, nak berdating berdua jauh skali skang, kompem ber3. panggung wayang sekankang kera jer dari umah, jalan kaki pun sampai, tapi tetap xleh ber2, kena jugak ber3..hehe
kekadang rindu saat berdua itu..
tido ber2 pun kekadang tgh malam anak datang ketuk pintu bilik
"nak tido ngan mama"..dah camner???
salam kenal..
MIB tu nama famili sy
baca SINI =)
IM dulu pun takdan nak pegang tangan ibu_suri sebab tangan IM 2-2 anak pegang. la ni baru ada can....
Assalamualaikum Sham
mukin kita orang timur
malu kat anak2
selalunya lebih mesra kalau di Makkah
macam orang baru kawin ajer
Wassalam
JD:pas pencen jadi cam org tua kome ler...duk berdua ke kat rumoh...
Afzainizam:Tima kacih...doamu itu ku hargai...:)
ijat:aku memang dilahirkan sebagai jejaka romantik...hua hua...
momoy:touching ke...?menusuk ke kalbu ke...?
odahone:moga bersama selamanya...
bionic women:kacau daun betul la kan...hehehe...
yana:OIC...
IM:la ni dah jadi romantik balik la na...best...
rozali:w'salam...belum ada rezeki nak ke sanala atuk...tapi teringin sangat2...
ehehe...
insyaAllah anak2 dah masuk "asrama", dah besar sikit tak mo ikut jalan2 plak ... siap kena paksa plak suh ikut p jalan2 (beraya) ...
mungkin sesekali boleh lah "curik masa" tinggal jap anak2 ngan sesapa (yang dipercayai) p ler datinggg cikgu sham! tp percayalaaaa, masa tu mesti hati dok teringat kat anak2 plak, sembang2 pun mesti ttg kaletah anak2 :)
betul tu sz...tadi baru g kl berdua...rasa tak best plak asyik teringat kat shahmin n adik...pulak dah...
Post a Comment