Tragedi Buah Limau
Thursday, January 27, 2011
Hari ini sekolah aku mengadakan sedikit majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina. Memang agak awal tetapi memandangkan sekolah kami akan bercuti selama seminggu maka hari ini merupakan masa yang paling sesuai. Bukan majlis besar-besaran pun, sedikit kata-kata ucapan dari Puan Pengetua dan pengagihan buah limau kepada semua pelajar dan guru-guru. Aku kurang pasti apa kaitannya antara buah limau dengan perayaan Tahun Baru Cina tetapi memang setiap tahun menjelang Tahun Baru Cina, buah limau merupakan buah yang paling hangat di pasaran. Betul kan...
Ingat lagi aku ketika sebelum bertugas sebagai guru aku bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang. Tak lama aku kerja disitu, dalam 3 tahun sahaja. Walaupun itulah kerjaya yang dicita-citakan sepanjang belajar dalam Bacelor Engineering di UPM, tetapi tekanan dan beban kerja menyebabkan aku beralih arah ke bidang perguruan (rupa-rupanya jadi cikgu ada bebanan gak...). Di kilang tersebut, aku bertugas di Maintenance Department dan bertanggung jawab terhadap semua mesin dan segala alat-alat ganti mesin. Makanya aku merupakan orang yang paling dicari oleh supplier mesin dan alat-alat ganti. Pada musin Tahun Baru Cina boleh kata nak hampir penuh pejabat aku dengan kotak-kotak buah limau. Lepas Tahun Baru Cina, komfem suara aku jadi ala-ala Ramli Sirap! eh Ramli Sarip... Mana taknya, hari-hari balun buah limau...
Namun kisah berkenaan buah limau yang aku takkan lupakan adalah ketika aku bersekolah di SM Teknik Kuantan. Aku tinggal di asrama, pada ketika itu SM Teknik merupakan sekolah asrama penuh. Budak-budak dorm aku memang nakal (termasuklah aku ;P). Ada suatu ketika semasa tingkatan 4 boleh kata tiap-tiap malam kami 'fly' (keluar asrama ler, panjat pagar...). Belakang sekolah tempat kami memanjat pagar merupakan semak samun dan belukar. Keluar dari belukar tersebut barulah jumpa kawasan perumahan dan tempat lepak kami adalah sebuah kedai minum kami panggil kedai Mak Aji. Sebelum sampai ke kedai Mak Aji kami akan menempuhi sederet rumah cina. Biasa rumah cina kan ada tokong kecil dan mereka akan meletakkan buah limau di situ. Kira macam satu ritual yang mereka lakukan untuk nenek moyang mereka dahulu... Kami masa tu pantang betul tengok buah limau tu, apa kami akan buat ialah kami ambil buah limau tersebut dan gantikan dengan batu yang kami kutip tepi jalan. Kemudian limau tersebut kami kupas, isinya kami buang ke longkang dan kulitnya kami sepahkan di situ jugak. Kononnya nenek moyang dah makanlah buah tu... Hehehe... Isy... Nakal kan...
Tapi memang setiap perbuatan jahat itu tak akan bertahan lama dan pada satu malam perbuatan kami terkantoi.
"Ooo ni lu olang punye kilije ha...! Wa bagi latuk nenek punya lu olang kasi buat itu macam ha...!" Jerit Apek tuan rumah tu...
Tapi nasib kami masih baik dan sempat melarikan diri. Sebelum masuk sekolah sempat lagi kami bergurau 'membanggakan' perbuatan kami itu. Sesampai di depan pagar, malang menimpa, kami dicekup oleh warden. Rupa-rupanya mereka telah mengadakan spot check di asrama dan mendapati ada pelajar yang 'fly'. Kami masing-masing mendapat 'ubat' 3 das seorang. Aduh kena libas di betis tu. Punyalah sakit tapi tahan ajelah.
Kini aku sering tersengih sendiri setiap kali teringatkan kenakalan aku ketika di sekolah. Aku rasa sekarang ini pun memang aku menerima 'hukum karma' di atas kenakalan aku dahulu. Sebabnya sekarang ini aku dapat mengajar kelas MPV, kelas yang penuh dengan budak-budak nakal. Memang semua guru-guru sekolah tu tau yang budak-budak MPV ni sering buat hal... Aku pun kadang-kadang naik pening dengan budak-budak ni tapi nak buat macam mana, nasib badan...
Pada apek tu pula, aku tak pernah jumpa pun selepas itu dan aku memang tak pernah mengenalinya pun. Tapi kepada apek ingin ku katakan di sini:"Soli lor..."
26 comments:
salam sham...
kat opis kak ain pun byk dpt buah limau tu...
tak boleh makan byk2 nnt sakit tekak..
betul...makan berpada-pada...
Oh..boleh tahan jugak nakal ya?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wehhhhh aku pun sama gak masa aku solak kat SM Teknik Tanjung puteri pun selalu cabut asrama tengah malam..... pernah terserempak warden kat luar... balik kena hentam sama warden cukup-cukup...
Tang limau mandarin tu ... baik makan jangan membazir itu yang ko makan tu yerrrr.....
sian tok nenek moyang brapa ali atak makan limau posa maaa
WC:bukan boleh tahan...tak boleh tahan...remaja katakan...hua hua
Afzainizam:itu jela kejanya budak asrama ni...tak leh duk diam dalam asrama langsung...
cemomoi:terpaksa posa la...limau sudah tatak...hee
hahhaha..nice experience.hahaha
iwan:hahaha...hahaha...
Assalamualaikum Sham
nakal masa budak2 tak pa, ada manisnya
he he
Wassalam
salam atuk..
itulah kenangan waktu remaja...
masa budak2 dulu saya pun nakal..
sesekali bila tgk budak2 nakal lalu depan rumah, tersengih seorang diri teringat kisah lama..
tahun ni belum ada lagi yg sudi kasi limau.. tertunggu gak ni sbb tahun lepas punyalah banyak dapat limau
salam
suka makan limau ni....bagilah berapa banyak pun, kompom habis kalu tak masam =)
Assalamualaikum cikgu Sham..
kenangan yg paling indah tu..
bl dah kena hukum karma , jadi senang lah nk pantau sbb dh bpengalaman...he he he jgn marah , gurau jer...
wah, awalnya smbut...mesti dikelilingi dgn timbunan buah limau mandarin tu.....
kt SK ramai student chienes ek????
eheehe
hanay cikgu yang "berpengalaman" je boleh uruskan pelajar2 begitu...lebihhh bijakkkk! :)
Org cina suka buah limau sebb bg diorg buah limau tu ibarat emas. LOKAM= buah emas klu tak silap.. So tuh sbb bila time CNY byk buah limau sbb diorg nk amik berkat tmbh kekayaan utk thn baru. Gitu ler yg sy phm...hehe klu salah kasi betulkn yeee..hehe...
haha.. sy pon sama..
dlu jahat giler..
pantang nmpk limau or apa2 kat tokong tu, musti nak rembat punya..
tp bukan mkn.. buang.. dengki xnk bg jin diorg makan.. heheh..
salam cikgu sham,
makan biar berpada, selalu sakit tekak selepas makan buah limau ni sebab tu tak ambil walaupun dapat free
tak pernah rembat limau kat tokong sebab duk kaw kg, org cina tak de...hahaha...
wohoo..tragedi buah limau sempena raya cina? ahaha :-p
JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA
huh! kejamnyer!! hahaha sian apek tu..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
taun ni banyak dapat limau masam lah plak..... iiisssshhhh taksedap
cuma suka makan bila limau tu masuk peti ais pastu try masuk mulut fooooo nyaman
Boleh tahan nakal juga cikgu dulu ya. :)
Tahun ni tak dapat banyak limau la. Suka limau.
hehhehe...limau punya pasal,hehehe...jaman muda2 kan...
Post a Comment