Officialy End…
Monday, December 20, 2010
Tarikh 20/12/2010 jam 4:00 petang tadi secara rasminya tamatlah peperiksaan SPM bagi tahun 2010. Maka secara rasminya juga tamatlah tanggungjawab aku sebagai Pengawas Peperiksaan. Yabedabedu... Hee aku pulak yang terlebih suka. Sukalah sekarang barulah secara officialnya aku bercuti. Tapi seminggu jelah. Minggu depan dah start meting pengurusan. 3 hari direct tu bang. Kena jaga koperasi lagi tu...
Apa-apa pun hari ini merupakan hari gembira bagi calon-calon SPM 2010. Maka secara official jugalah korang dah 'graduate' sekolah menengah. Aku sempat juga jumpa budak-budak aku yang ambil paper hari ini, Alhamdulillah juga, lega sangat aku bila tengok soalan yang keluar. 80% seperti yang aku targetkan. Dari respon diorang semua puas hati dengan jawapan masing-masing. Tapi tak tahu lah budak-budak ni, depan kita punya poyo punya confident, skali keluar result nanti... Hai harap-harap the best lah...
Satu lagi yang buat aku terharu adalah atas dasar keprihatinan Presiden Amerika yang secara peribadi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon-calon di Malaysia kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan SPM pada tahun ini. Steadylah Obama. Thank you for your concern... Bukan senang nak dapat tahniah dari Ketua Polis Dunia woo... Keh keh keh...
6 comments:
lawaklah gambar tuh..nmpk sgt edit..real ke?no komen..hehe,,jd pgawas exam ke?ada budak kantoi meniru x?huhu
haha...mmg lawak la gambo tuh....ye ye je Obama...muahaha...
anyway insyallah result student2 cikgu mantap2 belaka..:)
Ei itu gambar real la...di emel dr white house pukul 4:05 petang tadi...har har...
kantoi meniru takde, kantoi merokok dalam tandas ada.dapat ubatla dari aku...
ketua polis doniaaa ye...
cayalah! ;p
Jadi invigilator (pengawas peperiksaan) memang bosan dan memenatkan, tapi bila tgk student dpt jawab periksa hasil drpd didikan kita selama berbulan2 tu rasa mcm gembira je... kat kampus saya pun sama juga:D
Wah, bestnya Obama...
haha
turn aku dah 2 tahun sudah...
Post a Comment