Rakan Taulan

Cara Rasulullah Berjalan

Friday, December 24, 2010


Rasulullah S.A.W seorang yang tegap. Ketika berjalan Baginda jarang membuang masa. Baginda gemar berjalan laju. Cara Baginda berjalan seolah-olah sedang menuruni jalan yang landai. Antara riwayat-riwayat yang menggambarkan cara Baginda berjalan:

Abu Hurairah R.A meriwayatkan, maksudnya:"Saya tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah S.A.W, seolah-olah matahari beredar dari wajah Baginda. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah S.A.W, seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan Baginda tidak peduli (terhadap rasa lelah kami)."
[Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh dan Ibnu Sa'd]

Ali Bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya:"Ali Bin Abi Thalib menggambarkan karektoristik fizikal Rasulullah S.A.W, 'Rasulullah S.A.W. berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan Baginda sedang menuruni tanah yang landai.'"
[Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Baihaqi]

Ali Bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya:"Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai."
[Riwayat Tirmidzi dan Hakimi]

3 comments:

Jo Qusary December 24, 2010 at 1:16 PM  

bila baca nie, aku dah tak rasa malu lagi berjln dgn cara aku berjln skg... aku jenis berjalan tegak dgn laju walaupun pakai kasut tinggi, dan tak pernah tergelincir kecuali sekali... itu pun sebab makcik cleaner tu tak bilas balik bilik air lepas letak sabun.

syira aka sepatu hijau December 25, 2010 at 10:15 PM  

salam


terima kasih di atas perkongsian ini...

masih ada 3 kosong? sila baca ini

http://sinarpelangipagi.blogspot.com/2010/11/saya-rela-bermadu-dengan-syarat.html


semoga terhibur :)

IMANSHAH December 26, 2010 at 1:10 PM  

Salam Sham

Huhu aku depa kata jalan cam samseng..kena control sikit

Thanks sharing, akn cuba ikut

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP