98 Minit Yang Membahagiakan
Sunday, December 26, 2010
Aku tak kira, aku nak jugak buat satu entry khas untuk bola. Satu Malaysia bergegar malam tadi terutamanya di Stadium Bukit Jalil yang dah dekat 10 tahun jugak aku tak masuk. Walaupun aku cuma dapat 'menggegarkan' rumah aku je bersama dengan siaran langsung, namun hati tetap puas. Aku rasa ini kali pertama aku betul-betul 'layan' bola yang membabitkan Malaysia sejak sekian lama. Memang pasukan sekarang ini antara yang paling memberi inspirasi kepada aku sejak zaman Azizul Abu Hanifah and the Gang (Era awal 90an). Hasilnya: Malaysia 3 - Indonesia 0. Aku tak naklah ulas panjang berkenaan game malam ni sebab besok for sure semua surat khabar tempatan akan mengulas kejayaan kita malam ini.
Hero Malaysia bagi aku malam ini sudah pasti Norsharul dengan Safee. Rangkaian penyerang terbaik yang pernah dimiliki Malaysia setakat ini, menurut Shebby Singh. Tetapi secara peribadi aku nak ucap terima kasih juga kepada bek terbaik malam ini bagi aku, Muslim. Malam ni aku tengok mamat Uruguay tu tak bebas langsung bergerak. Apa pun kemenangan ini tetap kemenangan pasukan. Semua main cantik malam ni, kecuali Amirulhadi yang jarang dapat menembusi bek belah kanan Indon. Namun kemasukan Ashari memang berjaya menukar rentak Malaysia seterusnya menghasilkan gol-gol dalam separuh masa yang kedua. Syabas semua. Yang paling aku respek adalah sikap semua pemain yang rajin dan tak pernah berhenti mengejar bola. Itu antara sebab utama yang membuahkan kejayaan pasukan ini. Tapi harus diingat, Rabu ini ada lagi 90 minit. Apa lagi, di Bung Karno nanti kita berkubu di tempat sendirila jawabnya...
P/s: Aku nak petik ramalan-ramalan yang sempat aku baca dalam surat khabar pagi tadi. Dalam masa 'orang-orang kuat' bola seperti Irfan Bakti, Wan Jamak dan Hassan Sani meramalkan Malaysia menang 2-0. Minah paling top di Malaya hari ini, Lisa Surihani meramalkan Malaysia bakal menang 3-0. Nah sekarang siapa yang lebih pakar? Kui kui kui...
6 comments:
sangat membahagiakan bila melihat garuda dicakar harimau
hahahaha
P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Lepas Nih Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek Kena Pakai Cermin Mata Lah Dekat Stadium Gelora Bung Karno
saya mencari juga kelibat si gonzales a.k.a gazali (nama indonnya..haha) kat padang...tapi tak nampak..silau agaknya...hehe
apapun kita doakan yang terbaik di Jakarta pula...
bangga jadi anak malaysia yeah.....pas ni for masi 8-1-1...hihihi
bangga jadi anak malaysia yeah.....pas ni for masi 8-1-1...hihihi
yes stuju chegu abbas...8-1-1...biar orang nak kata apa pong...
Akhirnya Malaysia menang dgn kelebihan agregat. Tp sayang kalah 2-1. Kalau menang dua-dua perlawanan sedap sikit. Huhu..
Post a Comment