Sahabat Tanpa Suara

2 BELUM CUKUP...

Saturday, December 18, 2010


Hari ini genap Iffahani 2 bulan. Alhamdulillah perkembangannya baik-baik sahaja. Beberapa minggu lepas Iffa kerap diserang kembung. Malam payah nak tido. Sekarang dia dah makin kurang meragam. Kalau merengek tu tanda nak minta susulah. Sumbat puting mama dia komfem senyap. Kalau tak cukup ayah bancuh lagi susu tepung 3, 4 auns... Lepas tu mesti dia terkebil-kebil kejap, pastu senyap...zzzzzzz...


Shahmin bertambah sayang kat adik dia. Tak boleh orang lain ambil adik dia. Dia nak adik dia berdukung dengan mama dia aje. Kejap-kejap mintak nak dukung adik dia pulak. Suka sangat dia dapat dukung adik dia. Aku berharap Shahmin dapat menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu adik (adik-adiknya) kelak...


Aku bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurnia dan rezeki yang diberi kepada aku setakat ini. Dengan kehadiran 2 cahaya mata dalam rumahtangga aku setakat ini memang betul-betul membahagiakan aku dan isteri aku. Masa mula-mula mendapat Shahmin 3 tahun lepas aku macam tak percaya aku sudah menjadi bapak orang, walaupun usia masa tu dah tua pun (aku kahwin pada usia 29 tahun sebab tak puas hidup bujang kononnya dan mendapat Shahmin pada usia 31 tahun). Kini selepas mempunyai 2 cahaya mata barulah aku betul-betul dapat menerima yang sememangnya aku ni dah berada dalam golongan bapak-bapak orang dah. Perangai pun dah banyak berubah dah aku rasa berbanding dengan 2,3 tahun lepas. Banyak tabiat bujang aku dah tinggalkan (yang tak elok-tak elok ler). Tahun ni pun aku rasa boleh kira dengan jari malam aku keluar mengeteh dengan member-member... (baik betul aku kan, suami mithali...)

Namun misi aku jelas, dan selalu aku jelaskan pada isteri aku. Penjelasan yang jelas, sejelas-jelasnya tanpa ada yang tidak jelas, melainkan semua jelas belaka... Eh berapa banyak jelas daa... Bukan apa, aku selalu jelaskan dekat isteri aku: 2 BELUM CUKUP. Aku nak lebih lagi. Setakat ni target aku 5! Cukuplah tu kan... Tapi kalu ada rezeki lebih - i follow ajer...

5 comments:

Unknown December 18, 2010 at 10:43 PM  

wah..tajuk dah pening..kenapa?ingatkan dua gol malaysia lwn vietnam x cukup?huhu..rupa2 nya 2 cahaya mata la..mudah2an bahagia sampai bila2..comel baby tuh

Sham December 18, 2010 at 10:49 PM  

haah ek kebetulan plak...tapi 2 gol tu pun tak cukup gak bro kan? pe2 pun Mal dah masuk final...tu dah cukup bagus dah...

Admin P@P December 19, 2010 at 11:02 AM  

Assalamualaikum.
Tahniah.
Adalah normal jika pasangan menginginkan lebih ramai anak/zuriat, tapi kena ingat tanggungjawab sebagai ibubapa.

Ramai lagi pasangan yang menginginkan cahaya mata tapi belum beroleh rezeki walau pelbagai usaha telah dicuba. Teringat kawan saya yang nakal, katanya; dah lenguh segala sendi dan urat badan, pelbagai stail dan kaedah, belum menjadi lagi...

Rezeki ditangan Allah, kita hanya berusaha. Pastikan halal agar tidak berlaku perkara melempar anak ke dalam longkang dan sebagainya.

Semoga permata hati tersebut menjadi manusia beriman dan bertaqwa.

TQ

mak encik | SZ December 19, 2010 at 11:47 AM  

alhamdulillah...
comel2 anak cikgu sham...
semoga mebesar dengan sihat, cergas & cerdas...

ihikss, kena kumpul duit beli mpv la ye...

trialtodelete December 19, 2010 at 12:28 PM  

comelnye..btw, saya dah follow ur blog & letak link kat wall... i'll keep reading your blog! harap sham buat benda yang same

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP