Jantung
Friday, December 17, 2010
Siang tadi aku ke IJN menghantar mak aku untuk temujanji bersama doktor di sana. Dah hampir 15 tahun orang tua tu memakai pacemaker. Alhamdulillah setakat ini nampak masih sihat. Pacemaker tu pun baru tukar tahun lepas. Teringat aku pada kira-kira 15 tahun lepas, ketika mak aku masih belum disahkan berpenyakit jantung. Pada ketika itu dia kerap sakit-sakit. Kadangkala pitam tak sedarkan diri. Malu aku nak cerita tapi ada juga kami adik beradik beranggapan yang mak aku ni terkena buatan orang. Puas lah kami mencari ustaz itu ustaz ini. Nasiblah tak pergi cari bomoh siam ke dukun orang asli. Nauzubillah...
Sampailah pada suatu hari dia pengsan ketika tengah makan. Masa tu aku ingat jadi anak yatim dah aku hari itu, tapi Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa mak aku. Dia sempat ke hospital. Setelah diperiksa dengan teliti dengan ECG barulah disahkan yang jantungnya lemah dan memerlukan bantuan pacemaker. Maka dibuatlah temujanji dengan IJN dan semenjak itulah mak aku mempunyai 'gadjet' dalam tubuh badannya. Dah kira cam bionik woman gaklah mak aku ni kan... Ngeh...
Dulu bila bercerita tentang sakit jantung, kita sering beranggapan yang ianya adalah penyakit orang kaya-kaya sahaja. Atau orang tua-tua memang patutlah lemah jantungnya. Tapi sekarang ini anggapan itu sudah tak boleh dipakai sama sekali. Sekarang ini budak-budak pun dah ada yang kena serangan jantung. Anak murid aku kat sekolah baru form 3 dah menjadi pencucuk insulin tegar! Bahaya kan. So pesan aku marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. Amalan pemakanan tu bawa-bawalah berpada-pada. Senaman jangan diabaikan langsung. Beberapa tips yang aku sempat minta dari doktor berkenaan penjagaan jantung:
# Hindari stress.
# Jaga pemakanan. Ambil diet yang betul dan bukan diet yang tidak sihat.
# Elakkan obesiti. Sentiasa perhatikan BMI. Contoh mengira BMI:
Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)
Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6
Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese (berat badan berlebihan)
# Senaman secara konsisten. sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, 20 minit setiap sesi.
# Antioksida. Hari ini kita terdedah dengan pelbagai pencemaran terutamanya pencemaran udara berpunca dari asap kenderaan dan kilang. Dapatkan makanan antioksida untuk menyahkan toksid dari dalam badan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
# Hentikan merokok dan jauhi perokok. Mari kita jadikan dunia ini bebas asap rokok. Boleh ke...?
3 comments:
orang kampung saya dulu kata pasang "bateri" kat jantung... sama ke konsep pacemaker ni cikgu?
haah...kitorang pun panggil bateri gak...saje tulis pacemaker nampak cam bijak sikit kan...ngeee
assalam.. nenek sy akn pasang pacemaker pd 12 haribulan ni. boleh tau,berapa hari selepas pmbedahan tu nenek sy boleh balik ke rumah??
Post a Comment