Sahabat Tanpa Suara

Salam Maal Hijrah

Monday, December 6, 2010


Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk tahun ke 1432 Hijrah. Jadi sebelum kita pejam tak celik-celik marilah kita sama-sama merenung sejenak pengorbanan dan erti sebenar hijrah yang dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sedikit Ringkasan Peristiwa Hijrah.

Peristiwa Hijrah bermula pada malam dimana satu pakatan telah dibuat oleh kaum musyrikin Mekah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Namun ALLAH yang Maha Mengetahui telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memberitahu akan hal tersebut kepada Baginda dan menyuruh agar Baginda segera meninggalkan Mekah. Dengan penuh keperitan dan hanya ditemani oleh sahabat Baginda iaitu Abu Bakar R.A. mereka berdua meredah kegelapan malam dalam misi untuk menyelamatkan agama ALLAH S.W.T. Dengan penghijrahan tersebutlah agama Islam dapat berkembang dengan pesat dan majunya di bawah pemerintahan Baginda di bumi Madinah.

Cerita penuh boleh baca disini.

Siapa memulakan Takwim Hijrah?

Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-khattab dalam masa beliau memegang jawatan sebagai khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada yang mencadangkan kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar memandangkan Hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaiman katanya: ”Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah s.a.w. kerana hijrahnya itu adalah merupakan perbezaan antara yang benar dengan yang batal.”

Bagaimana Mengira Tahun Hijrah?

Kebanyakan negara termasuk Malaysia menggunakan kalendar Masihi sebagai rujukan dan panduan dalam urusan pentadbiran. Kita boleh mengira atau menukar tahun Masihi pada tahun Hijrah dengan menggunakan formula berikut :

a) Tahun Masihi tolak (-) 622
b) Darab (x) dengan 33
c) Hasilnya dibahagi (/) dengan 32

Contohnya :

a) 2009-622 = 1387
b) 1387 x 33 = 45771
c) 45771/32 = 1430 (maka tahun 2009M bersamaan tahun 1430H)

Berdasarkan formula ini, kita boleh membuat pengiraan untuk mengetahui tahun Hijrah berdasarkan tahun masihi.

Sumber: ISLAM@dunyahalal.com

Amalan Di malam Tahun baru

Doa Akhir Tahun Hijrah


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun Hijrah


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sumber: syedas.wordpress.com

4 comments:

Abu Luqman December 7, 2010 at 10:08 AM  

salam maal hijrah..semoga sihat selalu.. bersama keluarga Cikgu Sham....

IMANSHAH December 7, 2010 at 4:12 PM  

salam cikgu..selamat menyambut maal hijrah..

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP