Tugasan Bermula. PIBG Beri Amaran
Tuesday, December 28, 2010
Walaupun sekolah akan dibuka secara rasminya pada Isnin depan (Ahad bagi beberapa negeri di semenanjung), aku percaya yang ramai rakan-rakan guru yang telah memulakan tugas mereka lebih awal. Paling tidak pun menghadiri mesyuarat Pengurusan Sekolah. Sekolah aku memulakan mesyuaratnya hari ini, esok dan lusa. 3 hari direct tu bang... Tak seperti sekolah lama aku, mesyuarat siap 1 hari sahaja. Pagi pengurusan, petang HEM dan Koko. Tapi itu semua terpulang pada pentadbiran sekolah masing-masinglah. Aku dengar ada sekolah yang mengadakan mesyuarat sampai 5 hari berturut-turut! Wah bagus sekolah tu... Syabas...
Aku belek-belek buku pengurusan, wah bertambahlah tugas aku tahun ini. Kalau aku senaraikan nanti ada yang cakap aku riak pulak. Tapi memang banyak. S/U 1 unit, Penolong S/U 1 unit, Penyelaras 2 unit, AJK unit berunit-unit, Ketua Panitia, Guru Koperasi... Wah macam nak bagi aku APC je tahun ni. Hu hu... Tapi dalam banyak-banyak tugas tu yang palig mengujakan aku adalah pelantikan aku sebagai Penyelaras Unit Beruniform di bawah Kokurikulum. Dari sekolah lama aku mengidamkan 'post' tu, Alhamdulillah kat sini aku dapat. Siaplah korang budak-budak uniform. Tahun ni siap korang aku dera cukup-cukup. Hua hua...
***********************************************************************************
Pelantikan aku sebagai Penyelaras Unit Beruniform sebenarnya adalah hasil dari proses 'tawar menawar' dengan pihak pentadbiran sekolah. Sebelum cuti tempoh hari lagi dah ada ura-ra aku sepatutnya dilantik sebagai S/U PIBG di sekolah aku. Tapi aku menolak awal-awal. Bahagian PIBG ni memang aku angkat tangan. Surrender awal-awal. Aku akui kelemahan aku di bahagian PR. Aku lemah berinteraksi dengan parents pelajar. Lebih-lebih lagi dengan mak bapak pelajar yang 'mempercayai' anaknya lebih dari mempercayai kata-kata guru (minta maaflah kepada yang terasa ye). Perkara ini terjadi kepada rakan guru aku di sekolah lama bila mana ada mak bapak pelajar yang datang 'menyerang' cikgu di sekolah. Apabila diberi penerangan, tetap mempertahankan anaknya walau pun semua guru-guru sekolah tahu akan kenakalan pelajar terbabit. Tapi bukan semua ibu bapa pelajar begitu, dan aku juga akui ada juga guru yang 'tidak betul'... No body perfect, right?
Berbalik kepada PIBG, baru petang tadi aku mendengar ringkasan berita di radio mengatakan pihak kementerian bersama dengan PIBG Kebangsaan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak mengenakan yuran persekolahan yang 'melampau' kepada para pelajar di sekolah masing-masing. Teringat aku pada tahun-tahun awal aku mengajar, tak pernah kedengaran perkara ini. Perkara ini hanya berbangkit semenjak pengumuman oleh Menteri Pelajaran terdahulu yang mengatakan SEMUA yuran sekolah dihapuskan. Bukan niat aku nak menyanggah menteri berkenaan tetapi secara jujur aku berpendapat yang kenyataan tersebut amat mengelirukan. Sedangkan yuran yang dihapuskan hanyalah membabitkan RM4.50 bagi SK dan RM9.00 bagi SMK.
Aku masih ingat pada tahun pertama pelaksanaan dasar tersebut, kecoh jadinya mesyuarat PIBG aku di sekolah lama. Ramai mak bapak pelajar yang marah pihak sekolah kononnya pihak sekolah cuba memeras mereka. Mujurlah Pengetua aku masa tu cool dan sangat bagus PRnya. Dapat juga dia memberi penjelasan dengan tenang dan berjaya mengawal suasana. Syabas Bos! Aku nak ulas isu ni panjang lebar tapi penat pulak aku nak menaip. Isu ini boleh jadi panjang berjela seperti kedudukan mak bapak pelajar dari sosio ekonominya, bantuan kerajaannya etc... Isyallah mungkin entry selepas ini aku nak ulang lagi isu ini.
Cuma 1 perkara aku nak kalian renungkan. PIBG yang sering menimbulkan isu ini hampir kesemuanya dari SK atau pun SMK. Isu ini hampir tidak kedengaran di SRJK lebih-lebih lagi di SRJK (C). Malah dengan sumbangan PIBG mereka jugalah, hampir semua SRJK (C) yang aku jumpa mempunyai dewan sekolah yang besarnya lebih dari padang bola sesetengah SK dan SMK... Renung-renungkan...
5 comments:
Tahniah cikgu..... Semoga segalanya akan berjalan seperti yg dirancangkan....
yg berunit2 tu tak tahan
belum pasti apa yg akan dapat ..terjawab 30 hb ni
tq fuziani...
shah:moga yg baik-baik je utk ko...
Tahniah lah atas perlantikan yang berunit-unit tu, Sah dapat APC tahun 2011 ni...heheh
payah la cekwa,sekolah saya ramai cikgunya...lagipun saya baru 2 tahun disini...
Post a Comment